Thursday, April 7, 2011

Petua masa praktikum

dah nak abes dh praktikum ni tinggal lagi 3 minggu jer..
wawawawa sgt sedih untuk meninggalkan sekolah tercinta ini...
sungguh aku kata kan inilah sekolah yang paling aku sayang dan yang paling best SK Kemendor.
Walaupun letak yer kat dalam felda nun jauh dari hiruk pikok kota raya Melaka.. tapi suasana, keharmonian, kemesraan warga sekolah ini amat aku senangi.. tiada kata seindah bahasa untuk mengungkapkan betapa bestnya sekolah ini...

Tentang praktikal pula.. arini merupakan penyeliaan yang ketiga oleh pensyarah aku... terima kasih banyak2 aku ucapkan pada pensyarah aku yang banyak bimbing aku begitu juga guru pembimbing aku yang baik hati...
Kat sini aku nak kongsikan teguran dan nasihat dan idea2 pensyarah dan guru pembimbing aku bagi subjek Kajian Sosial.

1. pastikan induksi anda nampak tiada kaitan dengan tajuk tp sebenarnya dapat dikaitkan dengan tajuk (pening skit ayat ni)
2. Pastikan setiap langkah mencapai setiap hasil pembelajaran yang anda sasarkan
3. Pastikan anda nyatakan berapa jumlah sasaran yang hendak dicapai dalam hasil pembelajaran dengan jelas. contohnya pada akhir pembelajaran murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya dua contoh kawasan zon panas dengan betul.
4. Gunakan ICT untuk dapat markah lebih yeaaaa....
5. Penutup jangan lah asyik merumuskan jer.. mcm murid diminta merumuskan isi pelajaran dengan bimbingan guru. selitkan sedikit aktiviti ringkas seperti nyanyian yang merumuskan isi pelajaran. (korunk faham2 je lah) contoh nyanyian: zon sederhana panas, sederhana panas, panasnya panas, panasnya kering, sejuk sederhana sejuknya lembap. (lagu hip hop aku cipta ni huhu).
6. Jika ajar PSK yang melibatkan nilai kasih sayang.. cuba datangkan mood pelajar kearah kasih sayang.... wujudkan suasana.. baru lah student ade feeeeeelllll.... bagi diorang nangis2 skit hehe..
7. Elakkan aktiviti kumpulan jika masa pengajaran anda setengah jam sahaja. tp kalau nak buat juga boleh cuma pastikan kerja kumpulan yang ringkas sahaja dan sesuai dengan tahap murid anda.

akan bersambung petua yang lain hehe..

Friday, December 24, 2010

Alexander The Great adalah Zulqarnain!

macam tak percaya pulak cuti ni saya membaca buku. sungguh membanggakan untuk diri sendiri, (ada la improvement dalam diri ni sikit). sebenarnya saya mahu didik diri untuk suka membaca apa saja sumber bacaan. takda la asyik baca pasal kuliah je.

Hmm berbalik pada tajuk buku 'Alexander adalah Zulqarnain'. Buku ni beli masa saya pegi ampang point. macam tak tau nak beli apa so pegi popular saya beli lah buku. Buku ni ditulis oleh seorang penulis yang berasal dari Indonesia. Nama penulis Wisnu Sasongko atau nama nukilan Muhammad Alexander.beliau seorang pensyarah fakulti kejuruteraan! Universiti Brawijaya. Haa hebat pensyarah kejuruteraan menulis pasal sejarah kan. Buku setebal 730 muka surat ni boleh dibeli dengan harga RM35.00 sahaja berbaloi-baloi. begitulah pengenalan yang saya boleh berikan tentang buku ni.

Saya baru sahaja baca sampai muka surat 99 haha maknanya ada lagi 631 muka surat nak kene baca. Oleh sebab tak sampai 100 muka surat pun saya baca maka tak boleh lah saya nak buat kesimpulan secara menyeluruh tentang isi kandungan buku ni. so tunggulah yer saya habis baca nanti saya wat kesimpulan menyeluruh.

Tuesday, December 14, 2010

Perkembangan ekonomi semasa Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

* sambungan daripada fasa perkembangan ekonomi semasa Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)


Perkembangan ekonomi semasa Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

  1. Rancangan Malaysia keenam (1991-1995): dibawah Tun Mahathir

- merupakan fasa pertama RRJP2

- teras utama RMK6 ialah mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap tinggi dan menguruskannya dengan berkesan utk mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang

- strategi merangkumi dasar mempelbagaikan asas perindustrian

- meningkatkan pembangunan sumber manusia

- menggalakkan penggunaan teknologi

- mengurangkan ketidakseimbngan struktur antara sektor dn wilayah

  1. Rancagan Malaysia ketujuh (1996-2000): dibawah Tun Mahathir

- mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang

- peralihan kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport

- menekankan kepentingan sumber manusiadengan menambahkan bidang latihan dan pendidikan

- memperkayakan sains dan teknologi

- menekankan peranan sektor swasta dalm pertumbuhan ekonomi

- membangunkan sektor perkhidmatan yang moden dan dinamik dan terbuka

- meningkatkan penyelidikan dan pembangunan

- pengagihan pepertambahan pendpatan dan kekayaan negara secara saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi dan mempercepatkan penyususnan semula masyarakat.

p/s: maklumat diperolehi hasil catatan saya semasa kuliah yang disampaikan oleh Dr. Segahran dan perbincangan tutorial.

Perkembangan ekonomi semasa Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

*sebelum ini saya telah menulis tentang perkembangan ekonomi awal kemerdekaan (1957-1970) maka di bawah ini adalah sambungannya.. selamat membaca

Perkembangan ekonomi semasa Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

  1. Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1975): bertujuan memperbetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kawasan dan kaum.

- Asas penggubalan RMK2 ialah DEB yang bermatlamat mencapai perpaduan negara melalui strategi serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tnpa kira kaum dan penyusunan semula masyarakat supaya mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

- sektor perkilangan memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi ketika ini.

- meningkatkan nilai tambah dan eksport untuk meningkatkan peluang kerja

- mempromosikan industri berskala kecil

- menyebarkan kegiatan perkilangan kekawasan kurang maju

- pelbagai agensi dibentuk seperti Bank Pertanian, MADA, KADA, FOA.

- KESEDAR, KETENGAH, KEJORA, DARA untuk pembangunan bersepadu luar bandar.

  1. Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980): peringkat kedua pelaksanaan DEB. Dibawah Tun Hussein Onn

- usaha membangunkan sektor pertanian dan perindustrian untuk meninggikan pendapatan dan peluang kerja

- masih menumpu pada sektor perindustrian

- perancangan pembangunan wilayah diperkenalkan untuk merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan bandar baru (digiatkan oleh KEJORA, DARA, KETENGAH DAN KESEDAR)

- strategi galakan kemajuan pembuatan dan pembinaan yang menggunakan lebih banyak tenaga buruh

- strategi membantu industri kecil melalui kemudahan kredit

- strategi galakkan pertumbuhan pusat bandar

- strategi memperbanyakan kemudahan perumahan dan pengangkutan awam di kawsan miskin

- pencapaian: ekonomi berkembang

- pecapaian: pekerja Melayu dalam sektor ekonomi dinamis dan moden bertambah baik.

  1. Rancangan Malaysia keempat (1981-1985): dibawah Tun Mahathir

- merangka pelbagai program untuk memesatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat

- penekanan kepada Dasar Penswastaan pada tahun 1983 yang menyaksikan penekanan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara

- Objktif Dasar Penswastaan: mengurangkan beban kewangan kerajaan, meningkatkan kecekapan dan hasil kerja, pengagihan sumber secara cekap, mempercepatkan pencapaian hasrat DEB, menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

- Antara projeknya: Lebuh raya kepada UEM, TV3 kepada Syarikat Television Malaysia Berhad, Telefon kepada Telekom Berhad.

- RMK4 turut menekankan sektor industri berat.

- Maka HICOM ditubuhkan bg menjaya progrm pembangunan industri berat

- Usaha menarik pelabur asing turut dilaksanakan menerusi pembukaan kawasan perindustrian baru dan kawasan perdagangan bebas.

- Usaha membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat menerusi program pelajaran dan latihan peringkat tinggi.

- Memperluaskan perkhidmatan penyelidikan, khidmat nasihat menerusi institut penyelidikan spt mardi, rrim.

  1. Rancangan Malaysia kelima (1985-1990): masih dibawah Tun Mahathir

- menekan pertumbuhan ekonomi yg sedehana dan stabil

- bermatlamat untuk mencapai perpaduan negara dan mencapai objektif-objektif DEB bagi menjamin kestabilan ekonomi.

- Strategi meningkatkan peranan swasta melalui proses deregulasi (pelonggran peraturan dan kawalan) dalam hak milik syarikat

- Syarat pelaburan turut dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan dalam industri berorientasikan eksport.

- Menggalakan sektor pertanian dan industri luar bandar dengan melonggarkan syarat penggunaan tanah.

- Beberapa bandar dikawasan mundur dimajukan untuk mengelakkan penghijrahan pekerja ke kawasan bandar

- Sektor pelancongan juga digalakan menerusi galakkan pembinaan hotel dan melancarkan tahun melawat malaysia

- Langkah baru: kod etika perkhidmatan awam, kepimpinan melalui teladan, tanda nama, sistem perakam waktu, peti cadangan, pengurusan melalui mesyuarat, penggunana sistem poskod, pusat pembayaran setempat

p/s: maklumat di atas diperolehi hasil catatan saya semasa kuliah yang disampaikan oleh Dr. Segahran dan hasil perbincangan tutorial. Anda juga boleh rujuk buku pengajian sosial.

Transformasi dan Pembangunan Ekonomi


Transformasi dan pembangunan ekonomi

-Pembangunan ekonomi pada awal kemerdekaan (1957-1970)

-Perkembangan ekonomi semasa Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

-Perkembangan ekonomi semasa Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000)

-Pembangunan ekonomi pada awal kemerdekaan (1957-1970)

1950-1955: Draf Development Plan

1956-1960: Rancangan Malaya Pertama

1961-1965: Rancangan Malaya Kedua

1966-1970: Rancangan Malaysia Pertama

  1. Draf Development Plan: ketika ini pertumbuhan berlaku tanpa sebarang perancangan tersusun disebabkan oleh World War 2.

  1. Rancangan Malaya Pertama: bermatlamat untuk membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang perbezaan pendapatan penduduk luar bandar dengan bandar

  1. Rancangan Malaya Kedua: bertujuan meneruskan objektif-objektif Rancangan Malaya Pertama seperti menyediakan lebih banyak kemudahan asas.

- mempelbagaikan kegiatan ekonomi supaya tidak bergantung pada getah dan bijih

- meningkatkan perusahaan pembuatan untuk menyediakan peluang kerja

- meninggikan pengeluaran bahan makanan

- Felda ditubuhkan bagi membuka tanah baru

- Fama ditubuhkan bagi mengatasi masalah pekebun kecil memasarkan hasil

- Bilik GerakanNegara ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur dan kemudiannya di setiap daerah. Maklumat yg diperolehi dikumpul dan dimuatkan didalam Buku Merah.

  1. Rancangan Malaysia pertama: rancangan bersepadu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak

- penekanan program tenaga manusia

- menekankan aspek integrasi dikalangn penduduk.

- Lebih menjurus kearah pembasmian kemiskinan

- Beberapa agensi baru telah ditubuhkan seperti MIDA,BANK BUMIPUTERA, PERNAS, MARA, AKTA GALAKAN PELABURAN.

- Bank Bumiputera, PERNAS dan MARA untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam perusahaan dan perdagangan

p/s: maklumat di atas diperolehi hasil daripada catatan saya semasa kuliah yang disampaikan oleh Dr. Segahran dan perbincangan tutorial. Anda juga boleh merujuk kepada buku pengajian sosial di pasaran. Semoga Berjaya!

Monday, November 29, 2010

Hazim ohh! Hazim


Hazim nih anak buah saya yang kedua. umur baru 4 tahun dan beberapa bulan yang saya pun x sure.. tapi dia nialah yang paling rapat sebab kecik2 die saya jage..kira hazim ni paling kamcing sekali.

suatu pagi

trekk trekk.. tombol pintu bilik cam ada orang nak buka.. sape pulak pagi2 nih.. ingat kan ibu.. saya pun pegi la bukak pintu.. tengok2 si kecik hazim nih tercegat depan pintu.. dgn muke die baru bangun n bad mood lah gak... may be sbb baru balik dari perak umah opah yer..die pun berlalu jer lah dari bilik saya tuh.. apsal pulak budak nih.. i pun follow jer lah die g bilik nenek yer.. tgk die tergolek2 kat katil nenek yer.. saya pun ajak lah die breakfast.. die tak nak.. pelik. sy pun pegi la mkn sorang.. tgh2 mkn tiber dgr hazim menangis..

hazim: huaaa huaaa...
cik iza: nape nih hazim??.. cuak gak kot2 jatuh katil ker..
hazim: hazim rindu abang... hazim nak jumpe abang...
cik iza: abg jauh la hazim...ala.. abg duduk umah opah kejup jer.. nnti abg balik..( waktu ni tetibe plak air mata nih nk tumpah.. uhuhu.. sian kat dak nih).. jum makan
hazim: x nak....

alahai rindu kat abang yer baru satu mlm x jumpe abang yer si haziq dh rindu. abg yer tu holiday kat umah opah yer kat perak adik yer lak ikut ibu abah yer kat jhr.. perak ngn jhr.. jauh gk erk..

tp kalu ade asyik nak gaduh jer dak bedua nih..tp itu lahh gaduh2 bdk.. main2 jer... tp sebenar yer dlm hati mereka ni terasa sangatlah sayang dgn adik beradik yer.. itulah harta yang paling mereka sayang dan berharga...untuk mengubat hati yang lara saya pun ajak lah hazim jalan2.. jum hari ni kite makan pizaa nak hazim?.. heee nak2... sejuk skit hati ni tgk die senyum....

hazim jgn sedih2... cik iza kan ade... huhuhuhu

Wednesday, November 24, 2010

Bila guru kencing BERDIRI, murid ?


Tertarik saya untuk menonton bebarapa klip video Cikgu 'S****' di youtube. Sebelum ini dah berhajat nak tengok tetapi kesibukan peperiksaan terpaksalah saya tangguhkan. Tapi hari ini saya berpeluang untuk tengok video tersebut. Alangkah sebaknya hati saya tatkala menonton video tersebut. Sebak sebab tengok cikgu S buat klip video miming yang saya kira entah apa-apa.
Apa tujuan disebaliknya waallahua'lam. Didalam facebooknya pula bermacam-macam komen.. ada yang suka ada yang menyampah.. sampaikan bergaduh-gaduh. apalah nak jadi dengan orang Melayu kita ni. Perkara yang kecil diperbesarkan. yang besar pula diperkecil-kecilkan.

Berbalik kepada cikgu ini. saya tabik atas keberanian dan kekereatifannya tapi usahlah menggunakan nama cikgu. Pada saya nama guru atau cikgu itu sangat mulia. guru sebagai muadib, murabbi, mualim, muddaris.. sesuaikah dengan tingkah laku yang ditonjolkan oleh cikgu s tersebut? jauh sekali tidak. Saya masih ingat lagi kata-kata pensyarah saya seorang guru bukan luarannya sahaja guru malahan dalamannya juga adalah guru. Maknanya sangat mendalam dan betapa besar peranan guru untuk menonjolkan sifat keguruan. Guru menjadi contoh kepada muridnya, baik tutur katanya, tingkah lakunya dan perlakuannya menjadi penilaian kepada murid-murid. Jangan kita sangka murid tidak mampu untuk membuat penilaian seawal usia 6 tahun. Kalu guru sudah kecing berdiri maka murid pula pastinya kencing berlari. Mungkin niat guru tersebut sekadar untuk tujuan berhibur namun biarlah kena pada tempatnya. Tidak salah untuk berhibur tapi jangan sampai mencemarkan nama baik profesion keguruan. Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Semoga apa yang saya perolehi hari ini menjadi pengajaran dan ingatan buat diri saya dan pembaca sekalian..

Monday, November 22, 2010

Globalisasi Ekonomi


Konsep globalisasi

1. Merujuk kepada sempadan antara negara di dunia yang seamkin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat.

2. Juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan

Istilah yang digunakan dalam Globalisasi Ekonomi

1. Liberisasi ekonomi iaitu ekonomi pasaran bebas

2. Deregulasi iaitu menghapuskan dasar perlindungan atau kawalan yang dijalankan oleh sesebuah negara

Klasifikasi dunia

· Dunia pertama: merujuk kepada negara-negara maju yang demokratik dan mengamalkan dasar pasaran bebas

· Dunia kedua: merujuk kepada negara komunis yang menjadi sekutu moscow

· Dunia ketiga: merujuk kepada negara membangun dan negara mundur. Terdapat negara yang kaya dan negara yang sgt miskin.

Kepentingan saling bergantung antara negara

  • Perkongsian sumber alam dan tenaga
  • Perkongsian teknologi dan kepakaranberkongsi pasaran dan perdanganagn
  • Perkongsian modal
  • Berkongsi buruh
  • Saling melengkapi
  • Saling menjaga alam sekitar

Ciri saling bergantungan anatra malaysia dgn negara lain

- pergntungn pd sumber

- pergantungan pd modal

- pergantungan pd teknologi

- pergantungan pd pasaran

- pergantungan pd buruh dn kepakaran

Kesan proses globalisasi ekonomi

Kesan positif

  • Perdangangn bebas
  • Perluasan pasaran
  • Pemindahan teknologi
  • Aliran buruh
  • Menggalakkan persaingan
  • Peningkatan kualiti produk

Kesan negatif

  • Penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasional
  • Ancaman kepada barangan, perkhimatan dan budaya tempatan
  • Ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan
  • Kesukaran mengawal aliran modal asing
  • Penghakisan kedaulatan negara

Sejarah Wajib!


Saya tertarik dgn isu semasa yang kini hangat diperkatakan. Apabila Timbalan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyidin Yassin mahukan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib di sekolah maka banyak reaksi yang diberikan oleh masyarakat apatah lagi apabila ia dipolitikkan oleh pihak tertentu. Nampak menarik, bukan? Namun wajarkah subjek Sejarah dijadikan mata pelajaran wajibkan lulus? jika soalan ini diujarkan kepada saya maka jawapan saya sudah pasti wajar!. Mungkin kerana saya bakal seorang guru sejarah maka faktor ini mempengaruhi benak fikiran saya.

Mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai subjek wajib lulus adalah perlu namun kita harus tidak lupa bahawa LULUS tidak memberi makna murid-murid ini benar-benar menghayati sejarah. Kita perlu melihat kembali objektif mata pelajaran sejarah diajarkan disekolah-sekolah. Tujuannya agar mereka dapat menghayati nilai yang terkandung dalam sejarah iaitu semangat patriotisme yang tinggi kepada negara bangsa sendiri. Pada hemat saya penghayatan itu lebih penting berbanding LULUS. Jika lulus belum tentu anda menghayati nilai patriotisme tetapi bila anda mampu menghayati, anda sudah pasti memiliki nilai patriotisme yang tinggi.

Kita mahukan generasi yang mampu menghayati bahkan mampu menghargai erti kemerdekaan. Maka pendekatan pengajaran yang harus diambil oleh para guru ialah pendekatan yang dapat memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan lebih daripada mata pelajaran yang lain. Namun tindakan yang diambil oleh Menteri Pelajaran kita adalah sesuatu yang relevan kerana mungkin beliau mahukan semua pihak memandang serius mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang dapat membina jati diri bangsa Malaysia.

Saturday, November 20, 2010

Pelaburan modal manusia kearah ekonomi berasaskan pengetahuan

Pelaburan modal manusia kearah ekonomi berasaskan pengetahuan

1.0 Konsep ekonomi berasaskan pengetahuan

  1. Menurut Organisation for Economic Cooperation Development (OECD), ekonomi berasaskan pengetahuan ialah ekonomi yang secara langsung menggunakan pengetahuan dalam proses pengeluaran dan pengagihan.
  2. Dalam konteks Malaysia, RRJP3 (2000-2010) mendefinisikan ekonomi berasaskan pengetahuan bersandarkan kepada milikan, penggunaan, dan penyebaran pengetahuan dan perkara-perkara ini dianggap sebagai asas pertumbuhan ekonomi.
  3. Menurut Noll (2000) 4 FAKTOR/CIRI k–ekonomi ialah

- modal intelek: menjadikan idea dn pemikiran sebagai modal utama menggantikan tanah

- teknologi maklumat dan komunikasi: gabungan penyiaran, telekomunikasi dan multimedia mempunyai kesan pengganda ke atas ekonomi dan meningkatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan sekaligus memantapkan produktiviti

- globalisasi: persaingan menjadi sengit oleh itu firma perlu menggiatkan inovasi untuk bersaing

- ekonomi maklumat: mendorong perkembangan penyelidikan dan pembangunan dan mendorong individu menghasilkan, memindahkan dan menggunakan pengetahuan dengan mudah dan pantas.

  1. menurut Laporan Tahunan Bank Negara 1999 terdapat 3 aspek yang membezakan K-ekonomi dengan P- EKONOMI

- k-ekonomi beri tumpuan kepada pengetahuan sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi

- k-ekonomi merangkumi perubahan kualitatitf dan kuantitatif yang mengubah cara ekonomi beroperasi. Seseorang perlu menggunakan intelektual, maklumat, budaya pembelajaran dan organisasi yang dapat bergerak pantas

- firma dalam k-ekonomi lebih membuat pelaburan dalam modal manusia, penyelidikan dan pembangunan, serta perubahan teknik perniagaan melalui elektronik seperti e-dagang.

  1. Maka k-ekonomi memerlukan modal manusia yang berpengetahuan dan sanggup menimba pengetahuan secara berterusan bagi menigkatkan pengetahuan dan kemahiran baru

1.1 Perubahan peranan modal manusia

  1. pengeluaran tradisioanl menekankan kuantiti manusia sebagai faktor pengeluaran penting. Tetapi kini pengetahuan dan teknologi dianggap faktor pengeluaran penting.
  2. oleh itu, kesediaan pengetahuan dan kmajuan teknologi dalam negara bergantung pada kesediaan sumber manusia yang berkualiti atau memiliki modal yang tinggi
  3. sesebuah negara perlu merancang pelaburan modal manusia bagi melahirkan modal manusia yang sesuai dengan tahap pembangunan negara.
  4. Maka infrstuktur pendidikan dan latihan perlu lebih responsif kepada perubahan pembangunan dn mampu mengeluarkan manusia yang sesuai dgn keperluan negara

1.2 Pencapaian pendidikan dikalangan tenaga kerja

  1. k-ekonomi memerlukan tenaga kerja yang berpendidikan.
  2. Pencapain pendidikan tertiari di Malaysia masih rendah. Tahun 2000 kurang 14% mempunyai pendidikan tertiari.
  3. Pertumbuhan tenaga kerja peringkat ini juga bergerak perlahan dari tahun 1990-2000

1.3 Komposisi pekerja berasaskan pengetahuan

  1. Pasaran buruh Malaysia terdiri daripada kurang 12% pekerja peringkat profesional dan teknikal
  2. pekerja pentadbiran dan pengurusan dalam lingkungn 4%
  3. Maka jumlah peringkat tenaga kerja peringkat tinggi 16% jauh lebih rendah berbanding Singapura 22.3%
  4. komposisi peringkat operator pengeluaran adalah tertinggi di Malaysia menunjukkan ekonomi masih berintensifkan buruh

1.4 Kemajuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan

  1. Perbelanjaan kerajaan dlm penyelidikan, bilangan saintis, jurutera, dan juruteknik masih jauh lebih rendah berbading negara maju
  2. Pendidikan tertiari terutama universiti sepatutnya diarahkan menghasilkan lebih ramai saintis dan jurtera tetapi apa yang berlaku bidang sains sosial lebih ramai berbanding teknikal.
  3. dlm k ekonomi penyelidikan dan pembangunan sangat penting bagi menjana idea baru dan menggalakkan inovasi serta menggiatkan sektor perkhidmatan serta sokongan.

1.5 Penawaran dan permintaan tenaga kerja ICT

  1. Ciri ekonomi berasaskan pengetahuan ialah meningkatkan peranan aktiviti berasaskan komputer.
  2. maka peranan sektor perkhidmatan dalam bidang ICT meningkat
  3. Agenda IT dan Koridoraya Multimedia bertindak sebagai asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
  4. wujudnya e-comerce, e-learning, e-comunity menyebabkan berlaku peningkatan permintaan tenaga kerja ICT
  5. Namun statistik menunjukan keluaran tenaga kerja bidang ICT lebih rendah daripada yang diperlukan
  6. oleh itu pelaburan modal manusia mengambil kira keperluan tenaga kerja ICT yang meningkat dengan meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang berkenaan

1.6 Penyesuaian pelaburan modal manusia

  1. sistem pendidikan dan latihan perlu lebih responsif terhadap keperluan ekonomi negara untuk masa kini dan masa depan.
  2. ekonomi berasaskn pengetahuan telah meningkatkan guna tenaga yg lebih berpendidikan dan berkemahiran
  3. dasar kerajaan pula menyediakan kemudahan mendapatkan latihan dalm berbagai bidang.
  4. amat penting institusi pgajian mengalakkan pelajar membina pengetahuan, menyelesaikan masalah dan menggalakan kerja berkumpulan.

1.7 Implikasi dan dasar

-penggunaan teknologi moden.

-firma digalakkan menggunakan tenaga buruh berpendidikan tinggi

-institutsi pendidikan perlu responsif dengan keperluan

-aktiviti R&D perlu dipertingkatkan untuk penghasilan penciptaan baru

-kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan dalam penyelidikan ,

-meningkatkan penubuhan institusi teknikal

- mewujudkan latihan secara formal dan tidak formal dalam firma oleh majikan.

-kajian pasaran buruh secara berterusan utk mngenal pasti keperluan buruh

-perubahan dalam pelaburan modal perlu selari dengan perubahan peranan sumber manusia

* maklumat diperolehi daripada........ (akan dinyatakan)

Friday, February 12, 2010

Minggu yg penuh ujian

alahai.. aku rasa minggu ni adalah minggu yang banyak menguji kesabaran ku.. terutama sekali mengenai Lawatan Ilmiah ke REDTMA.. atau nama panjangnya Persatuan Sukan Rekreasi dan Mendaki Tembok Tiruan Negeri Melaka.. Halnya disebabkan ada satu kelas ni aku x maklumkan tentang aktiviti yang dipilih.. masa malam tu diorg x ada... .. walaupun aku akui the little kesilapan.. tp aku rasa tak wajar sampai mereka perlu bertekak.. bertegang urat tengkuk.. kelas mereka ramai yang x setuju untuk adakan aktiviti.. alasan-alasannya ialah mahal.. tiada dalam proforma.. tapi klu kita letakkan pemikiran positif.. terima saja sebagai sesuatu yang dapat memberikan pengalaman baru.. selaku Pengerusi lawatan ini aku harapkan kerjasama daripada mereka yang terlibat.. masalah kecil jangalah dibesar-besarkan.. dan aku bersyukur Allah berikan kesabaran yang tinggi pada aku masa meeting lepas.. kalaulah Tuhan tak bagi aku kesabaran boleh jadi perang besar meeting yang lepas..

itulah orang kata mencari kesalahan orang lain umpama mencari antah dalam beras.. tapi untuk mencari kebaikkan orang lain umpama mencari gula dalam beras..

Saturday, January 30, 2010

Jawatan berat yg perlu dipikul...

agak terkejut sbb semester ni dilantik as Pengerusi projek lawatan...
sebenarnya sem ni nak rehat dulu...
tp dah orang beri kepercayaan maka kene lah terima dengan redha...
bab2 nama Pengerusi ni semuer orang cuak.. termasok lah aku ni.. bkn ape..
takot sbb kita projek tak jadi... tu la beratnya beban nak di pikul..
klu ikot ujian personaliti aku yer sifat kepimpinan cume sederhana jer...
tp x pe la kita bantai je la buat.. belajar2..
dan aku mengharapkan kerjasama yang terbaik daripada semua rakan-rakan yang lain..
bak kata pepatah Melayu.. Yang berat sama dipikul.. yang ringan sama dijinjing..
yang terkurang dan terlebih tu harap maafkan sesama kita...
sbb kita hamba Allah yang kerdil dlm setiap perkara...

Saturday, December 5, 2009

hari membaca..

assalamualaikum..

hee lama dah tak saya jenguk ke blog sendiri sejak Ogos lepas... sebabnya taktahu nak tulis apa..
ye lah saya ni bukanlah seorang penulis yang baik... setakat untuk meluah perasaan tu mungkin ya...
hari ni alhamdulillah aku jadi rajin membaca.. bukan membaca buku...tapi membaca blog orang lain.. tibe2 pula rasa minat datang bila baca blog yang best2 ni.... banyak jugak input yang diperolehi...ye lah kita ni kan manusia yang kerdil.. terlalu kerdil (walaupun saya tinggi huhu) tapi ilmu saya masih terlalu cetek.. banyak sangat perkara yang saya tak tahu... tapi bila dua hari ni saya baca blog http://www.motivasi-kerja.com dan blog http://pakarhowto.com banyak ilmu saya dapat.. mereka yang menulis ini saya kategorikan sebagai penulis yang baik dalam berkongsikan ilmu... macam-macam ada... bila baca blog mereka ni rasa diri ni lebih bermotivasi... alhamdulillah Tuhan nak gerakkan hati ni untuk membaca blog ni.. kalau tak secara kebetulan terjumpa blog mereka tak tahulah tika bila Tuhan akan temukan saya dengan blog mereka..
so pada member2 sekalian cubalah ke entri blog tersebut.. saya pasti banyak ilmu yang akan anda perolehi dan kongsikan bersama.

Tuesday, August 25, 2009

Bersediakah aku 'PRAKTIKAL'


Tatkala menghitung hari... 'cepat yer masa berlalu'...
kira punya kira dah tak lama untuk aku menghadapi 'Praktikal'
Semester 4 pun dah tak lama lagi berakhir...
Tahun depan semester 5... tapi bersediakah aku????
Pastinya tahun depan tahun yang berbeza bagi diriku....
Pernah aku merisik pada senior-senior... 'payah'... 'susah gak la dik''.. 'paning pale.. ooo'... 'bz gile'...
ayat2 ni laa yang biasa aku dengar... jadi psiko lak...
uhumm..
suruh buat mikro teaching pun rase resah dah... tapi
aku harap aku dapat buat dengan baik untuk praktikal yang pertama dan seterusnya sampai laa aku mengajar nanti....
GTF ( Great Teacher Filzah...) uhuuu berangan....

Saturday, June 20, 2009

ELEMEN TEMATIK MEMPENGARUHI KEHIDUPAN KANAK-KANAK



1. Pengenalan

Kehidupan kanak-kanak penuh dengan warna-warni, suka, duka yang mempengaruhi perkembangan dan pertumbesarannya. Kehidupan kanak-kanak sentiasa dipengaruhi persekitaran sosialnya yang dilalui setiap hari. Kanak-kanak akan membina hubungan sosial bermula dengan mereka yang paling hampir dengan dirinya seperti membina hubungan kasih sayang dengan ibu bapa, adik beradik, rakan sebaya, guru, dan peringkat seterusnya. Maka dalam membina kehidupan sosial kanak-kanak terdapat beberapa faktor yng mempengaruhi termasuklah strand tematik.

Penulisan ini akan membincangkan bagaimana strand atau elemen tematik mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak. Elemen Tematik dalam Pengajian Sosial digunakan bagi melahirkan generasi yang berguna kepada diri masyarakat dan negara. Banyak kebaikan yang dapat dilihat bagaimana pengajian sosial dapat membantu perkembangan kanak-kanak.

1.1 Siapakah yang digelar sebagai kanak-kanak?

Kanak-kanak dalam konteks penulisan ini ialah mereka yang berusia dalam lingkungan usia 7 hingga 12 tahun. Peringkat ini merupakan peringkat yang penting dalam membina hubungan sosial kanak-kanak. Kanak-kanak pada peringkat ini akan berusaha mewujudkan hubungan antara dirinya dengan orang lain. Ini bermaksud kanak-kanak akan berusaha membentuk tingkahlaku yang membolehkan dirinya di terima oleh orang lain dan ini sekaligus meningkatkan keyakinannya untuk berinteraksi dengan orang lain dalam masyarakat sekitarnya.

Oleh sebab itu, pada peringkat usia ini kanak-kanak mula membina sikap yang baik, belajar menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, belajar memainkan peranan sosial yang sesuai dengan sifat kejantinaannya, membentuk konsep yang perlu bagi kehidupan sehariannya dan berusaha membentuk sikap terhadap kumpulan masyarakat dan institusi masyarakatnya.


1.2 Pendekatan ElemenTematik Dalam Pengajian Sosial

Merujuk kepada National Council for the Social Studies (NCSS) Pengajian Sosial didefinisikan sebagai integrasi pembelajaran yang meliputi kemanusiaan dan juga sains sosial untuk menggalakkan kesedaran sivik. Pengajian Sosial meliputi kepelbagaian disiplin ilmu merangkumi antrapologi, sosiologi, geografi, sejarah, politik dan segala yang berkaitan dengan kemanusiaan. Matlamat asas pengajian sosial ialah untuk membantu generasi muda membina kebolehan untuk membuat keputusan dan mengambil tahu perkembangan semasa dalam kehidupan masyarakat berbudaya, masyarakat demokrasi selain membentuk kesedaran sivik yang tinggi.

Pengajian sosial menggunakan pendekatan tematik dalam kurikulum bagi memastikan kanak-kanak di peringkat sekolah memperolehi pengetahuan, pengalaman, prespektif dan komitmen yang menyeluruh dalam kehidupan mereka. Terdapat sepuluh pendekatan elemen tematik yang dikemukakan oleh NCSS. Berikut ialah senarai sepuluh elemen tematik :

Budaya
Masa, kesinambungan dan perubahan
Manusia, tempat dan alam sekitar.
Perkembangan individu dan identiti
Individu, kelompok dan institusi
Kuasa, autoriti, dan kawalan (governance)
Pengeluaran, pengagihan dan kepenggunaan
Sains, teknologi dan masyarakat
Perkaitan Global
Amalan baik Sivik

Kesemua elemen-elemen ini mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak baik secara langsung atau tidak. Elemen-elemen ini saling berkait rapat dengan kehidupan sehari-hari setiap individu. Sebagai contoh setiap masyarakat mempunyai kebudayaan mereka yang tersendiri, untuk memahami budaya ini manusia akan mengaitkannya tentang sejarah budaya tersebut, masa, kesinambungan budaya, perubahan budaya, hubungan budaya terhadap manusia, tempat, persekitaran yang memberi implikasi tertentu.

Perkaitan dan kesan yang berlaku seperti contoh di atas membuka minda kita dengan melihat bagaimana elemen tematik ini mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak. Melalui pendekatan seumpama ini diharap dapat melahirkan generasi yang berguna, berilmu pengetahuan luas, yang dapat berfikir secara matang dan mempraktikan nilai baik dalam kehidupan selain menjadi warganegara yang dapat berjasa kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam penulisan ini ini, fokus diberikan kepada lima daripada sepuluh elemen tadi.



2.0 Elemen-Elemen Tematik



Yang Mempengaruhi Kehidupan Sosial Kanak-Kanak

Lima elemen-elemen tematik yang akan dibincangkan dan dihuraikan lanjut dalam penulisan ini ialah elemen budaya; manusia, tempat dan alam sekitar; perkembangan individu dan identiti; sains, teknologi dan masyarakat dan amalan sivik. Kita akan melihat bagaimana kelima-lima elemen ini mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak

2.1 Budaya

Sebelum melangkau lebih jauh dalam konteks perbincangan kita fahami terlebih dahulu pengertian budaya. Budaya berasal dari perkataan budi dan daya dan kedua perkataan ini dirangkumkan menjadi perkataan budaya. Bu membawa maksud asli, pertama, sejati dan dipandang sempurna. Manakala daya bererti akal, suatu jalan fikiran, ciptaan dan sebagainya (Asmad, 1990). Dengan kata lain perkataan budaya merangkumi segala hasil dari akal dan pemikiran manusia yang asli dan bukan tiruan.

Pengertian budaya kemudiannya membawa kepada kebudayaan dalam sesebuah masyarakat yang menjadi amalan dalam kehidupan mereka. Ahli-ahli antrapologi menggunakan istilah kebudayaan bagi menunjukkan keseluruhan warisan sosial manusia. Dari prespektif sosiologi pula, Ralph Linton dalam bukunya The Cultural Background of Personality (hlm. 21: 1947) mengertikan kebudayaan sebagai satu susunan yang dipelajari dan hasil dari perlakuan ini digunakan bersama dalam masyarakat dan dipanjangkan kepada anggota masyarakat berkenaan. Ahli-ahli antrapologi juga menyedari akan wujudnya hubungan yang kuat antara individu dengan kebudayaan itu sendiri. Secara sedar atau tidak, kebudayaan mempengaruhi sahsiah atau tingkah laku seseorang.
Kita melihat pula bagaimana kanak-kanak membina kehidupan sosial dalam kebudayaan sekitarnya. Pada peringkat kanak-kanak, mereka sudah mula berinteraksi dengan orang di sekelilingnya. Mereka akan berusaha menempatkan dirinya di tengah-tengah kelompok masyarakatnya agar dirinya diterima oleh masyarakat tersebut. Oleh itu kanak-kanak akan mengikuti, mempelajari dan mengamalkan budaya masyarakatnya dan menjaga tingkahlakunya.

Setiap masyarakat mempunyai ukuran salah betul, mores, dan nilai-nilai lembaga dalam setiap ahli masyarakat. Maka wujud peraturan, peniruan dalam melatih kanak-kanak agar sikap atau sahsiah dan tingkah laku kanak-kanak selari dengan kehendak-kehendak kebudayaan.

Kehendak-kehendak budaya ini pula mengandungi nilai yang menjadi prinsip bagi setiap anggota masyarakat untuk bertindak. Nilai bagi seseorang individu ini pula terbentuk berdasarkan kepercayaan dan agama yang dianuti oleh mereka. Bagi kanak-kanak, mereka mula memperolehi nilai-nilai dalam kehidupannya bermula dari keluarga, sekolah dan institusi agama. Sebagai contoh, ibu bapa yang mengamalkan nilai hak dan kejujuran akan menganggap perbuatan mengambil barang yang dijumpai dijalanan adalah salah melakukan perbuatan tersebut tanpa menyerahkannya kepada orang yang sepatutnya, maka menjadi kesalahan jika kanak-kanak itu melakukan perkara yang sama.

Selain daripada nilai individu yang diperolehi dari keluarga tadi terdapat nilai bersama yang diperolehi dan dikongsi bersama oleh anggota masyarakat. Masyarakat Malaysia sebagai contoh begitu mementingkan nilai bersama dalam kesepakatan dan perpaduan. Budaya gotong- royong, semangat kejiranan dan penerimaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi jelas menunjukkan nilai ini diamalkan dalam masyarakat Malaysia. Kanak-kanak yang melihat budaya seperti gotong royong ini diamalkan dikalangan masyarakat sekitarnya secara tidak langsung kanak-kanak akan meniru dan mengamalkan budaya ini dalam kehidupannya. Ini bersesuaian degan Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Albert Bandura yang menyatakan bahawa individu itu banyak dipengaruhi oleh orang lain melalui cara pemerhatian.

Seterusnya budaya juga mampu mengawal dan membentuk tingkahlaku kanak-kanak melalui kompenan budaya iaitu kebudayaan normatif. Kebudayaan normatif merupakan suatu elemen berbentuk norma sosial. Norma sosial pula merupakan kelakuan yang standard yang dikongsi oleh anggota masyarakat dan dijangkakan akan dipatuhi oleh anggota masyarakat tersebut. Menurut ahli sosiologi,norma sosial yang wujud menjadi peraturan yang telah ditentukan, difahami dan diterima oleh sebahagian besar anggota masyarakat. Maka, norma ini akan memberi garis panduan kepada tingkah laku yang wajar sama ada ia betul atau salah. Sekiranya betul maka pelaku akan menerima isbat atau ganjaran dan jika tingkah laku itu salah, pelaku akan menerima hukuman.

Melalui norma sosial ini tindakan atau pelakuan kanak-kanak dapat ditentukan dan dikawal. Kehidupan kanak-kanak juga akan terikat dengan suatu peraturan yang telah diterima oleh masyarakatnya. Pertentangan terhadap norma ini akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan sosialnya (penolakan masyarakat). William Graham Summer (1959) memperkenalkan dua konsep norma iaitu folk-ways dan mores. Berdasarkan konsep folk-ways, konsep ini mengkehendakkan kanak-kanak mengamalkan budaya bersopan santun, merendahkan badan semasa lalu dihadapan orang tua, bersalam tangan, berpakaian sopan untuk pergi majlis kenduri, bertatatertib semasa makan di meja dan sebagainya. Jika kanak-kanak tidak mengikut budaya ini atau bertentang dengan folk-ways kanak-kanak akan menerima teguran atas perbuatannya.

Kesan dari budaya yang mengandungi nilai, norma menjadikan kanak-kanak mempelajari sesuatu dari budaya tersebut. Budaya yang ditunjukkan oleh anggota masyarakatnya bukan sahaja akan menentukan sahsiah, tingkah laku malahan kehidupan sosialnya bermula dari peringkat kanak-kanak hinggalah dewasa. Jika kanak-kanak berada dalam lingkungan budaya masyarakat yang sihat maka positiflah hasilnya dan diterima oleh masyarakatnya, jika ia berada dalam budaya masyarakat yang tidak sihat dan bertentangan dengan budaya masyakatnya maka pastinya tingkah laku yang ditunjukkan tidak akan menyenangkan semua pihak.


2.2 Manusia, Tempat dan Alam Sekitar.

Manusia ialah makhluk yang mempunyai akal dan budi yang tinggi sekali antara semua benda hidup. Manusia dari segi psikologi pula merupan haiwan yang bersosial dan cara manusia bersosial secara tidak disedari adalah sangat kompleks dan lebih maju berbanding makhluk lain. Dalam elemen ini kita akan melihat tentang hubungan diantara manusia dengan tempat ia hidup serta alam sekitarnya yang mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak.

Perbezaan tempat akan memberi perbezaan kebudayaan, cara hidup, pemikiran, pekerjaan dan kehidupan sosial sesuatu masyarakat. Penduduk yang tinggal di pergunungan Kentucky berfikir dan merasa berbeza daripada seseorang yang hidup di bandar New York. Masyarakat yang duduk di kawasan tropika nyata berbeza dari mereka yang duduk di kawasan sederhana ataupun artik. Kehidupan sosial kanak-kanak juga dipengaruhi oleh tempat alam sekitar ia dibesarkan. Perbezaan tempat ia dibesarkan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak itu sendiri dari segi tingkah laku, pemikiran, aktiviti seharian, percakapan, budaya dan sebagainya.

Mengambil contoh perbezaan tempat tinggal. Masyarakat yang tinggal di bandar berbeza daripada masyarakat yang tinggal di desa. Masyarakat desa lebih menjurus kepada kegiatan ekonomi pertanian seperti pesawah, nelayan, tukang rumah dan sebagainya. Masyarakat desa juga mempunyai kesedaran perpaduan kelompok yang kuat sehinggakan mempertahankan kelompok dan nilainya adalah lebih penting daripada individu. Ini dapat dilihat melalui amalan gotong royong yang dilihat jelas berlaku dalam kehidupan masyarakat desa. Sikap moraliti luar bandar juga lebih condong untuk kepentingan keluarga. Hubungan dengan ahli keluarga dengan jiran mewujudkan hubungan yang rapat.

Maka kanak-kanak yang duduk di desa atau luar bandar mempunyai nilai-nilai seperti mana yang wujud dan berlaku dalam masyarakat setempatnya. Sebagai contoh kanak-kanak yang datang dari keluarga pelaut mempunyai kehidupan sosial yang sesuai dengan tempat tinggal serta geografinya seperti, bermain dengan rakan-rakan di kawasan pantai, bermain layang-layang, melakukan aktiviti menangkap ikan bersama-sama anak-anak jiran yang lain.

Kanak-kanak luar bandar juga seringkali dilatih untuk hidup bersama masyarakat. Ibu bapa akan membawa anak-anak mereka turut serta dalam kegiatan masyarakat. Secara tidak langsung amalan kerjasama, hormat menghormati dan kemesraan dipupuk dalam diri kanak-kanak itu tadi melalui pemerhatian, ingatan dan peneguhan yang berulang kali.

Menurut Tonnies (1964) yang memperkenalkan konsep Gemeinschaft yang merujuk kepada ahli masyarakat yang mempunyai hubungan rapat seperti yang berlaku dalam masyarakat luar bandar. Kesan dari konsep ini secara tidak langsung mewujud kawalan sosial yang tidak formal oleh masyarakat tersebut. Ini dapat mengawal tingkah laku kanak-kanak dibawah pengawasan jiran.

Alam menjadi habitat bagi semua kehidupan termasuk manusia. Alam dikaitkan dengan bumi dan sumber-sumber alam seperti tanah, air, haiwan, iklim, tenaga kosmos dan sebagainya. Menurut Arnold J. Toynbee dalam A study of History (1934) menyatakan pendapat bahawa alam sekeliling menyebabkan kebangkitan suatu peradaban manusia dan menjelaskan hubungan yang kuat antara alam dengan pembentukan ciri-ciri peradaban seperti peradaban India, China dan barat yang dijelaskan sebagai ’jenis benua’, peradaban Maya yang dijelaskan sebagai ’jenis belantara’.
Fredenic Le Play seorang penulis ilmu alam sosial menyatakan bahawa bentuk tertentu sesebuah keluarga itu adalah disebab oleh keadaan kerja yang pula ditentukan oleh nature (alam sekitar) tempat keluarga itu tinggal. Untuk mengaitkan faktor alam sekitar terhadap kehidupan sosial kanak-kanak kita mengambil contoh mudah. Kanak-kanak yang duduk di kawasan pedalaman seperti kanak-kanak dari masyarakat asli Che’ Wong, yang kehidupannya tidak lari dengan alam sekitar. Masyarakat ini melakukan aktiviti berburu, mencari hasil hutan dalam kehidupan mereka. Secara tidak langsung kehidupan sosial kanak-kanak juga dekat dengan alam skitar seperti bermain di pinggir hutan,pergi berburu, bermain di sungai,menyumpit, mengetahui tentang tumbuhan herba dan peraturan permainannya juga mempunyai saling hubung dengan alam.

Maka jelas, manusia, tempat dan alam sekitar saling bergantungan. Corak hidup sosial kanak-kanak juga dipengaruhi tempat ia berada dan suasana alam sekitar. Tempat tinggal yang kondusif, hubungan masyarakat yang mesra, serta tiada pencemaran akan membantu kanak-kanak dalam perkembangan sosialnya. Aktiviti sosial kanak-kanak juga menjadi tidak terhad, kanak-kanak bebas melakukan aktiviti hariannnya tanpa sekatan atau halangan sekitar.




2.3 Individu, Kelompok dan Institusi


Menurut Kamus Dewan Edisi Ke Empat individu di takrifkan sebagai orang perseorangan. Kita harus menyedari bahawa dalam diri kita ’individu’ menjadikan masyarakat itu hidup. Dari seorang individu sesebuah masyarakat terbentuk kesan dari terbentuknya hubungan sosial. Sesebuah masyarakat itu juga tidak akan bererti kecuali setiap individu itu nyata wujud.

Sifat semulajadi manusia yang bergantung kepada orang lain dalam masyarakat. Jean Piaget menerangkan bahawa ’pemikiran yang berpusat pada diri sendiri’ diperkembangkan kedalam ’penyelarasan yang rasional’ dan didalamnya timbul ’logik perhubungan’ diantara individu dengan dunia yang lain. Untuk mengaitkan dengan kehidupan sosial kanak-kanak kita ambil contoh ketika kanak-kanak mula bermain, ia hanya meniru dan bermain untuk dirinya sendiri (secara individu), tapi kemudian kanak-kanak secara perlahan-lahan belajar bermain dengan orang lain.

Interaksi sosial yang wujud antara individu dengan individu lain mewujudkan kelompok sosial. Ini kerana manusia tidak hidup berseorangan tetapi hidup bersama kelompok-kelompok manusia yang lain. Didefinisikan bahawa satu kelompok mengandungi dua atau lebih manusia yang diantara mereka terdapat pola saling tindakan yang dapat difahami oleh ahlinya atau orang lain. Secara umumnya kelompok dirujuk sebagai sekumpulan manusia yang mempunyai sesuatu persamaan seperti tujuan, hobi, perangai dan sebagainya.

Terdapat dua jenis kelompok iaitu kelompok asas dan kelompok sekunder. Walau bagaimanapun dalam konteks perbincangan ini fokus diberikan kepada kelompok asas yang banyak mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak. Kelopok asas adalah penting dalam membentuk personaliti kanak-kanak, konsep kendiri, harga diri dan dirinya diterima oleh masyarakat.

Kelompok sepermainan, kelompok jiran, kelompok sahabat rapat, kelompok keluarga adalah antara kelompok asas yang hampir dengan kanak-kanak. Kanak-kanak ini tadi akan mewujudkan interaksi yang rapat, intim antara satu sama lain dan memberikan sokongan hingga mewujudkan kemesraan dan rasa kekitaan dalam ahli kelompoknya.

Kelompok keluarga adalah kelompok asas yang paling rapat dengan kanak-kanak. Kelompok keluarga akan bertanggungjawab membentuk personaliti, cara kanak-kanak bersosial dan sebagainya. Kasih sayang yang sepenuhnya dari keluarga serta interaksi yang baik antara kanak-kanak dengan keluarganya akan membantukan dalam bermasyarakat dan membina keyakinan serta harga diri yang tinggi. Selain itu kelompok asas ini mewujudkan perasaan, semangat, nilai tingkah laku yang kuat antara rakan sepermainannya sehinggakan kanak-kanak agak sukar untuk berpindah ke tempat lain kerana keberatan meninggalkan kelompok asasnya itu tadi.

Daripada kelompok, terbentuk pula institusi. Institusi adalah pola aktiviti yang tetap yang tertubuh untuk memenuhi keperluan hidup manusia. Sumner seorang ahli sosiologi telah menunjukkan bahawa institusi adalah satu ’konsep bercampur struktur’. Maksud di sini ialah institusi bukan sahaja pola yang dinyatakan di atas sahaja tetapi juga pola organisasi bagi melaksanakanya. Sebagai contoh, keluarga, pedidikan, ekonomi adalah antara bentuk institusi

Terdapat banyak institusi yang wujud namun dalam konteks perbincangan ini, institusi keluarga dipilih untuk membuat perkaitan yang jelas antara fungsi institusi terhadap kanak-kanak. Perlu kita ketahui bahawa keluarga memainkan peranan besar dala pembentukan sesebuah masyarakat. Keluarga terdiri daripada ibu bapa serta anak-anak serta tinggal sebumbung melalui suatu proses perkahwinan.

Ibu bapa dan ahli-ahli dalam keluarga tersebut mempunyai pola aktiviti yang tetap. Ini termasuklah fungsinya menjadi pelindung kepada ahli-ahlinya, menentukan taraf ahlinyanya,menjadi agen sosialisasi, membentuk kawalan sosial. Kanak-kanak yang datang dari sebuah institusi keluarga yang mengamalkan cara hidup positif akan seterusnya melahirkan kanak-kanak yang berfikir dan berkelakuan positif selaras dengan norma-norma serta nilai masyarakat.

Jika penggerak pola tersebut menjalankan sepenuhnya peranan yang sewajarnya dalam sebuah institusi kekeluargaan sehinggakan dapat mewujudkan keluarga yang bahagia pastinya institiusi tersebut akan dapat menghindarkan ahli-ahli dalam keluarganya daripada perkara negatif. Maka tidak akan ada kedengaran kanak-kanak diculik, dijadikan sebagai sumber ekonomi keluarga atau kejadian lari diri dan sebagainya.














2.4 Sains, Teknologi dan Masyarakat.

Sains dan teknologi hari ini kian mendapat perhatian oleh seluruh masyarakat dunia. Sains dan teknologi boleh membawa suatu perubahan dalam masyarakat tertentu. Sebagai contoh teknologi yang dibawa dalam perkilangan boleh menguatkan persatuan perusahan dan melemahkan kesatuan kerja tangan. Hasil produktiviti telah dapat di tingkatkan dengan lebih cepat namun kekurangan yang ditunjukkan kesan dari teknologi adalah kurangnya guna tenaga manusia. Akibat wujud perubahan-perubahan sosial dalam masyarakat.

Selain itu perubahan sains dan teknologi telah menggalakkan perkembangan industri. Kilang-kilang semakin banyak dibina bagi memenuhi keperluan-keperluan manusia. Peluang-peluang kerja terbuka dengan lebih luas lagi. Secara tidak langsung telah menggalakkan migrasi masyarakat luar bandar ke kawasan bandar yang dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan. Di tambah pula dengan faktor penolak di kawasan luar bandar apabila teknologi menggantikan manusia dalam bidang pertanian dan penternakan. Penghijrahan masyarakat ini turut memberi kesan terhadap sosio budaya mereka. Kanak-kanak yang berasal dari luar bandar yang berhijrah mengikut keluarga ke bandar akan mengalami suatu perubahan dari segi budaya, sosial dan sebagainya. Kanak-kanak ini mungkin akan mengalami cultural shock atau kejutan budaya kesan dari perubahan suasana masyarakat luar bandar kepada masyarakat bandar.

Oleh itu, kesan sains dan teknologi perlu diihat dalam pelbagai aspek antaranya akibat-akibat bukan sahaja dari sudut negatif malahan positif. Perubahan teknologi ICT dalam bidang pendidikan misalnya telah meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan berupaya membentuk pemikiran yang lebih luas dikalangan kanak-kanak. Kanak-kanak tidak lagi hanya berpegang kepada fungsi buku semata-mata tetapi dapat menimba ilmu tanpa sempadan.

Perkembangan sains dan teknologi telah membawa perubahan sosial dalam masyarakat. Ini termasuklah dari segi fungsi masyarakat, keupayaan masyarakat dalam kelompoknya. Kesan perubahan ini akan membawa perubahan dalam dua sudut iaitu sudut positif dan negatif. Walaupun begitu tidak harus perubahan ini menyekat perkembangan sosial kanak-kanak, seharusnya ia mampu memberi faedah dalam meningkatkan mobiliti seorang kanak-kanak dan kehidupannnya secara menyeluruh.


2.5 Perkembangan Individu dan Identiti

Identiti individu dicorakkan oleh budaya, kumpulan atau pengaruh institusi. Corak budaya yang diamalkan, hubungan dalam masyarakat serta kawalan dalam institusi menghasilkan individu beridentiti tersendiri. Identiti terbentuk bermula dari perkembangan individu sejak dari kecil. Melalui perkembangan ini manusia akan lebih memahami diri dan perhubungan sesama sendiri berdasarkan identiti diri.

Individu merupakan orang perseorangan yang mengalami perkembangan dalam hidupnya. Kanak-kanak merupakan individu yang sedang mengalami proses perkembangan yang pesat sekali. Perkembangan merupakan perubahan yang bersifat kualiti iaitu sifat yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi perubahan yang berlaku pada kanak-kanak menunjukkan perbezaan dari yang dahulu.

Menurut Gasell (1949),”walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, semua kanak-kanak yang normal cenderung untuk mengikut susunan pertumbuhan yang umum. Setiap kanak-kanak mempunyai corak pertumbuhan yang unik tetapi sifat unik itu adalah kelainan daripada satu pelan asas yang sama”. Perkembangan berkait rapat dengan pertumbuhan dan perkembangan yang berlaku dalam setiap individu walaupun melalui proses yang sama tetapi tahap perkembangan berbeza bergantung pada faktor individu.

Perkembangan juga berlaku secara menyeluruh sama ada jasmani, sosial, emosi, intelek atau rohani. Perkembangan individu semasa peringkat kanak-kanak akan mempengaruhi identiti atau sikap kendirinya. Identiti ditakrifkan sebagai sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang. Perlu kita ketahui bahawa sikap atau perhubungan yang tidak sihat pada peringkat awal jarang-jarang dapat dihapuskan di kemudian hari. Oleh itu perkembangan yang berlaku pada peringkat kanak-kanak perlu diberi perhatian agar dapat melahirkan generasi yang memiliki identiti dan sikap yang positif.

Bagaimana perkembangan individu kanak-kanak itu mempengaruhi pembentukan identitinya?. Identiti kanak-kanak berkembang apabila kanak-kanak dalam angan-angan iaitu dalam proses mereka bermain bersama rakan sepermainan. Sebagai contoh kanak-kanak yang bermain dengan patung-patung bersama-sama dengan kanak-kanak lain berolok-olok dengan peranan orang lain seperti peranan ibu bapa atau lain-lain wira di dalam pengalaman hidupnya. Seterusnya peranan ini ditimbulkan dalam diri kanak-kanak menerusi penyesuaian secara terus menerus kanak-kanak tersebut kepada kelakuan-kelakuan orang lain tadi. Kanak-kanak dapat mengenal pasti identiti orang lain seperti ibu bapa dan kedudukan identitinya dalam fungsi kekeluargaannya.

Dalam kes pengasingan individu dari masyarakat, kita mengambil contoh menarik melibatkan kanak-kanak Hindu yang masing-masing berumur lapan tahun dan dua tahun. Kedua kanak-kanak ini telah ditemui dalam satu sarang serigala sekitar tahun 1920. Kanak-kanak kecil kecil berusia dua tahun itu mennggal dunia selepas beberapa hari di temui. Manakala yang berusia lapan tahun dinamai Kamala hidup sehingga 1929. Tetapi malangnya Kamala tidak mempunyai ciri-ciri atau sifat yang dimiliki manusia. Dia tidak mempunyai bahasa dan hanya melulung seperti serigala, hanya mampu merangkak, malu serta takut kepada manusia seperti seekor binatang. Namun sebelum ia meninggal dunia dia telah belajar perlahan-lahan cara makan, memakai pakaian dan sedikit tabiat sosial.

Ciri kemanusiaan dalam diri setiap seperti kanak-kanak serigala tadi masih ada dan hasil latihan dan hasil kerjasama masyarakat sifat individu itu dapat dipulihkan. Berdasarkan cerita ini, faktor perkembangan seperti tempat atau cara didikkan, pengaruh persekitaran, pengaruh masyarakat serta budaya ia dibesarkan akan membentuk identiti seseorang.

Selain daripada keluarga dan masyarakat, sekolah juga menjadi tempat bagi pembentukan identiti individu. Melalui pendidikan yang disampaikan, peraturan, hubungan sosial antara pelajar menjadikan pelajar mengenali identitinya sendiri sebagai individu, sebagai ahli dalam masyarakat dan sebagai rakyat dalam sebuah negara. Dari sudut kenegaraan diharap kanak-kanak ini dapat mengenali identiti negara bangsanya dan menjadi rakyat negara yang berguna.




3.0 Kebaikan dan Keburukan



Pendekatan Elemen Tematik dalam Pengajian Sosial

Pengajian Sosial merupakan kajian bersepadu yang berhubung kait dengan perhubungan sesama manusia. Pengajian Sosial yang meliputi pelbagai disiplin ilmu seperti sejarah, geografi, ekonomi, sosiologi, arkiologi, sains politik, psikologi dan sebagainya. Pendekatan Tematik dalam Pengajian Sosial memberi banyak implikasi penting dalam pendidikan. Ini kerana ruang lingkupnya yang luas menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan manusia.

Kebaikan pendekatan elemen tematik dalam pengajian sosial antaranya ialah memberi pengetahuan yang luas kepada para pelajar. Hasil daripada lawatan, pembacaan peta, merekod dapatan, membuat kajian memberi banyak input tambahan baru kepada pengetahuan pelajar. Pembelajaran yang menyentuh aspek diri, masyarakat, budaya, masa, alam sekitar, sains, teknologi, kenegaraan, dan sebagainya. Kesemua ini memberi pengalaman kurikulum yang berguna bagi membolehkan pelajar melakukan perkaitan pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pemahaman sedia ada.

Selain itu, pendekatan elemen seumpama ini dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelajar dalam menyediakan diri menjadi insan, masyarakat dan rakyat kepada sesebuah negara. Ilmu yang menyentuh pelbagai disiplin ini mampu memberi manfaat kepada pelajar baik secara teori mahupun praktikal. Ilmu yang diperolehi tentang sesuatu budaya masyarakat misalnya budaya ziarah menziarahi jiran akan dipraktikkan dalam kehidupannya sebagai amalan dalam hidupnya. Dalam aspek menyediakan diri menjadi rakyat negara yang berguna, eleman amalan sivik yang disampaikan oleh guru bertujuan menyedarkan pelajar tentang peranan mereka sebagai seorang rakyat yang taat setia serta melatih pelajar mengamalkan amalan hidup yang sihat bebas dari gejala sosial. Secara tidak langsung pendekatan elemen seperti ini berupaya mengubah dan mendidik masyarakat menjadi generasi yang berguna bukan sahaja kepada diri malahan negaranya.

Kesepaduan dalam pengajian sosial Sosial memberi peluang kepada pelajar mengetahui kepelbagaian disiplin ilmu yang mempunyai saling kait dalam kehidupan mereka. Kesepaduan ini merangkumi aspek sejarah masa silam, sejarah hari ini, geografi, psikologi, antrapologi, sosiologi, ekonomi, politik, arkeologi dan banyak lagi yang menyentuh sosial manusia. Pendidikan secara menyeluruh ini menjadikan kurikulum yang disampaikan lebih mantap tanpa mencicirkan mana-mana aspek yang berkaitan dengan kehidupan sekalipun yang menyentuh hal keagamaan. Kesepaduan ini akhirnya bertujuan melahirkan individu yang mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam diri. Pengkajian kisah silam bukan untuk ditangisi tetapi menjadi pengajaran serta kekuatan dalam diri individu menjadi generasi yang lebih bermakna.

Seterusnya kebaikan yang dapat dilihat ialah dari sudut kemahiran. Melalui pembelajaran Pengajian Sosial ini pelajar dapat mengumpulkan maklumat dan memanipulasikan data, memperkembangkan idea serta mengasah kemahiran berfikir pelajar. Selain itu, Pengajian Sosial juga menyentuh kepelbagaian prespektif seperti perspektif kendiri, perspektif kendiri dan prespektif global. Pelajar bukan saja mampu mempunyai pemikiran melibatkan kepentingan diri, keluarga dan masyarakat malahan mempunyai pemikiran global yang melibatkan isu-isu dunia.

Dari segi keburukan pula, konsep bersepadu yang menyeluruh ini mengambil masa pengajaran dan pembelajaran yang lama. Ini kerana pelbagai aspek perlu disentuh dan ditekankan kepada para pelajar. Pengajian sosial yang merupakan bidang ilmu yang luas memerlukan masa bagi pembelajaran yang berkesan tercapai. Walau bagaimanapun interaksi yang berlangsung menghadkan pembelajaran tersebut dan memberi tekanan kepada guru dan pelajar.

Selain dari itu, pelajar juga terbeban dengan ruang lingkup ilmu yang begitu luas dalam pengajian sosial. Pendekatan seumpama ini mungkin lebih bersesuaian bagi pelajar peringkat pertengahan dan atas dan kurang sesuai bagi kanak-kanak. Peringkat asas bagi bidang ini lebih sesuai dengan tahap usia muda. Kajian-kajian atau pemerhatian yang dijalankan memberi cabaran dan pemikiran yang tinggi bagi setiap pelajar.

Pendekatan elemen tematik dalam Pengajian Sosial dilihat lebih banyak memberi implikasi yang baik kepada individu atau pelajar. Kebaikan ini diharap bukan sahaja dapat memberi pengetahuan secara teori malahan dipraktikan dalam pembelajaran dan kehidupan seharian. Ini selaras dengan kehendak bidang ini untuk mempromosikan kesedaran sivik dikalangan pelajar dan masyarakat.




4.0 RUMUSAN

Berdasarkan penulisan ini dapat disimpulkan bahawa peringkat kanak-kanak merupakan peringkat penting dalam membina hubungan sosialnya. Oleh itu sikap, sahsiah, pemikiran dan sebagainya perlu diberi perhatian agar perkembangan sosial kanak-kanak adalah selaras dengan, budaya, sosial, norma masyarakat.

Elemen tematik dalam pengajian sosial dilihat berupaya mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak kerana elemen-elemen tematik dalam pengajian sosial menekankan atau menyentuh aspek kehidupan kanak-kanak secara menyeluruh. Antara elemen-elemen tematik tersebut ialah budaya; manusia, tempat dan alam sekitar; individu, kelompok dan masyarakat; sains teknologi dan perkembangan individu dan identiti.

Elemen budaya sebagai contoh dapat dikaitkan dengan pelbagai aspek dalam kehidupan sosial kanak-kanak. Kandungan nilai, norma, bahasa, dan sebagainya yang terkandung dalam budaya secara langsung atau tidak langsung mempengaruhi pembentukan diri atau sahsiah pelajar. Nilai dalam budaya keluarga atau folk ways dalam masyarakat dapat mengawal individu dalam kelompok masyarakat. Pemahaman terhadap budaya juga membentuk jati diri setiap individu.

Elemen manusia, tempat dan alam sekitar mengkehendakkan pelajar mengkaji tentang fungsi manusia, pengaruh tempat dan alam sekitar dalam kehidupan. Perkembangan sosial kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh kelompok manusia, tempat persekitaran sosialnya. Akan wujud perbezaan antara masyarakat bandar dan luar bandar disebabkan perbezaan tempat, sosio budaya dan ekonomi.

Eleman perkembangan individu dan identiti serta elemen individu, kelompok dan masyarakat. Keduanya dicorakkan oleh budaya, kumpulan atau pengaruh institusi. Hakikat bahawa individu tidak boleh hidup secara sendirian tetapi memerlukan interaksi dengan individu lain hingga membentuk kelompok dalam masyarakat. Dalam kelompok masyarakat akan terbentuk pula institusi seperti keluarga. Menerusi pendekatan ini mengkehendakkan pelajar belajar untuk berfikir dan bertanya tentang fungsi-fungsi institusi, atau kelompok yang wujud.




BIBLIOGRAFI

Buku


Atan Long. 1978. Psikologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka . Kuala Lumpur.
Dr.phil. Astrid S. Susanto. 1979. Pengantar Sosiologi dan Perubahan Sosial. Binacipta Ekonomi. Bandung.
Ismail Yusoff. 2003. Pengenalan Sains Sosial. Penerbitan Universiti Utara Malaysia. Sintok
Joseph Roucek & Roland L. Warren. 1979. Sosiologi Suatu Pengenalan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Mohd. Sharani Ahmad.2004.Psikologi Kanak-Kanak. PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
R.M.Maciver & Charles H.Page. 1972. Masyarakat Satu Analisa Permulaan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur
Rohana Yusof.2001. Asas Sains Sosial dari Perspektik Sosiologi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Internet

http://socialstudies.org/standards/strand/?print-friendly=true capaian talian pada Mac 2008
http://www.freewebs.com/cikgulah/rencana.htm capaian talian pada Mac 2008
http://saifulislam.com/?p=913 capaian talian pada April 2007