Wednesday, November 24, 2010

Bila guru kencing BERDIRI, murid ?


Tertarik saya untuk menonton bebarapa klip video Cikgu 'S****' di youtube. Sebelum ini dah berhajat nak tengok tetapi kesibukan peperiksaan terpaksalah saya tangguhkan. Tapi hari ini saya berpeluang untuk tengok video tersebut. Alangkah sebaknya hati saya tatkala menonton video tersebut. Sebak sebab tengok cikgu S buat klip video miming yang saya kira entah apa-apa.
Apa tujuan disebaliknya waallahua'lam. Didalam facebooknya pula bermacam-macam komen.. ada yang suka ada yang menyampah.. sampaikan bergaduh-gaduh. apalah nak jadi dengan orang Melayu kita ni. Perkara yang kecil diperbesarkan. yang besar pula diperkecil-kecilkan.

Berbalik kepada cikgu ini. saya tabik atas keberanian dan kekereatifannya tapi usahlah menggunakan nama cikgu. Pada saya nama guru atau cikgu itu sangat mulia. guru sebagai muadib, murabbi, mualim, muddaris.. sesuaikah dengan tingkah laku yang ditonjolkan oleh cikgu s tersebut? jauh sekali tidak. Saya masih ingat lagi kata-kata pensyarah saya seorang guru bukan luarannya sahaja guru malahan dalamannya juga adalah guru. Maknanya sangat mendalam dan betapa besar peranan guru untuk menonjolkan sifat keguruan. Guru menjadi contoh kepada muridnya, baik tutur katanya, tingkah lakunya dan perlakuannya menjadi penilaian kepada murid-murid. Jangan kita sangka murid tidak mampu untuk membuat penilaian seawal usia 6 tahun. Kalu guru sudah kecing berdiri maka murid pula pastinya kencing berlari. Mungkin niat guru tersebut sekadar untuk tujuan berhibur namun biarlah kena pada tempatnya. Tidak salah untuk berhibur tapi jangan sampai mencemarkan nama baik profesion keguruan. Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Semoga apa yang saya perolehi hari ini menjadi pengajaran dan ingatan buat diri saya dan pembaca sekalian..

No comments:

Post a Comment