Monday, November 22, 2010

Sejarah Wajib!


Saya tertarik dgn isu semasa yang kini hangat diperkatakan. Apabila Timbalan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyidin Yassin mahukan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib di sekolah maka banyak reaksi yang diberikan oleh masyarakat apatah lagi apabila ia dipolitikkan oleh pihak tertentu. Nampak menarik, bukan? Namun wajarkah subjek Sejarah dijadikan mata pelajaran wajibkan lulus? jika soalan ini diujarkan kepada saya maka jawapan saya sudah pasti wajar!. Mungkin kerana saya bakal seorang guru sejarah maka faktor ini mempengaruhi benak fikiran saya.

Mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai subjek wajib lulus adalah perlu namun kita harus tidak lupa bahawa LULUS tidak memberi makna murid-murid ini benar-benar menghayati sejarah. Kita perlu melihat kembali objektif mata pelajaran sejarah diajarkan disekolah-sekolah. Tujuannya agar mereka dapat menghayati nilai yang terkandung dalam sejarah iaitu semangat patriotisme yang tinggi kepada negara bangsa sendiri. Pada hemat saya penghayatan itu lebih penting berbanding LULUS. Jika lulus belum tentu anda menghayati nilai patriotisme tetapi bila anda mampu menghayati, anda sudah pasti memiliki nilai patriotisme yang tinggi.

Kita mahukan generasi yang mampu menghayati bahkan mampu menghargai erti kemerdekaan. Maka pendekatan pengajaran yang harus diambil oleh para guru ialah pendekatan yang dapat memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan lebih daripada mata pelajaran yang lain. Namun tindakan yang diambil oleh Menteri Pelajaran kita adalah sesuatu yang relevan kerana mungkin beliau mahukan semua pihak memandang serius mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang dapat membina jati diri bangsa Malaysia.

No comments:

Post a Comment