Hazimnihanakbuahsaya yang kedua. umurbaru 4 tahundanbeberapabulan yang saya pun x sure.. tapidianialah yang paling rapatsebabkecik2 die sayajage..kirahazimni paling kamcingsekali.
suatupagi
trekktrekk.. tombolpintubilik cam adaorangnakbuka.. sapepulakpagi2 nih.. ingatkanibu.. saya pun pegi la bukakpintu.. tengok2 sikecikhazimnihtercegatdepanpintu.. dgnmuke die barubangun n bad mood lahgak... may be sbbbarubalikdariperakumahopah yer..die pun berlalujerlahdaribiliksayatuh.. apsalpulakbudaknih.. i pun follow jerlah die g biliknenek yer.. tgk die tergolek2 katkatilnenek yer.. saya pun ajaklah die breakfast.. die taknak.. pelik. sy pun pegi la mknsorang.. tgh2 mkntiberdgrhazimmenangis..
hazim: huaaahuaaa... cikiza: nape nihhazim??.. cuakgakkot2 jatuhkatilker.. hazim: hazimrinduabang... hazimnakjumpeabang... cikiza: abgjauh la hazim...ala.. abgdudukumahopahkejupjer.. nntiabgbalik..( waktunitetibeplak air matanihnktumpah.. uhuhu.. siankatdaknih).. jummakan hazim: x nak....
alahairindukatabang yer barusatumlm x jumpeabang yer sihaziqdhrindu. abg yer tu holiday katumahopah yer katperakadik yer lakikutibuabah yer katjhr.. perakngnjhr.. jauhgkerk..
tpkaluadeasyiknakgaduhjerdakbeduanih..tpitulahhgaduh2 bdk.. main2 jer... tpsebenar yer dlmhatimerekaniterasasangatlahsayangdgnadikberadik yer.. itulahharta yang paling merekasayangdanberharga...untukmengubathati yang larasaya pun ajaklahhazimjalan2.. jumharini kite makanpizaanakhazim?.. heeenak2... sejuk skit hatinitgk die senyum....
Tertarik saya untuk menonton bebarapa klip video Cikgu 'S****' di youtube. Sebelum ini dah berhajat nak tengok tetapi kesibukan peperiksaan terpaksalah saya tangguhkan. Tapi hari ini saya berpeluang untuk tengok video tersebut. Alangkah sebaknya hati saya tatkala menonton video tersebut. Sebak sebab tengok cikgu S buat klip video miming yang saya kira entah apa-apa. Apa tujuan disebaliknya waallahua'lam. Didalam facebooknya pula bermacam-macam komen.. ada yang suka ada yang menyampah.. sampaikan bergaduh-gaduh. apalah nak jadi dengan orang Melayu kita ni. Perkara yang kecil diperbesarkan. yang besar pula diperkecil-kecilkan.
Berbalik kepada cikgu ini. saya tabik atas keberanian dan kekereatifannya tapi usahlah menggunakan nama cikgu. Pada saya nama guru atau cikgu itu sangat mulia. guru sebagai muadib, murabbi, mualim, muddaris.. sesuaikah dengan tingkah laku yang ditonjolkan oleh cikgu s tersebut? jauh sekali tidak. Saya masih ingat lagi kata-kata pensyarah saya seorang guru bukan luarannya sahaja guru malahan dalamannya juga adalah guru. Maknanya sangat mendalam dan betapa besar peranan guru untuk menonjolkan sifat keguruan. Guru menjadi contoh kepada muridnya, baik tutur katanya, tingkah lakunya dan perlakuannya menjadi penilaian kepada murid-murid. Jangan kita sangka murid tidak mampu untuk membuat penilaian seawal usia 6 tahun. Kalu guru sudah kecing berdiri maka murid pula pastinya kencing berlari. Mungkin niat guru tersebut sekadar untuk tujuan berhibur namun biarlah kena pada tempatnya. Tidak salah untuk berhibur tapi jangan sampai mencemarkan nama baik profesion keguruan. Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.
Semoga apa yang saya perolehi hari ini menjadi pengajaran dan ingatan buat diri saya dan pembaca sekalian..
1. Merujuk kepada sempadan antara negara di dunia yang seamkin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat.
2. Juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan
Istilah yang digunakan dalam Globalisasi Ekonomi
1. Liberisasi ekonomi iaitu ekonomi pasaran bebas
2. Deregulasi iaitu menghapuskan dasar perlindungan atau kawalan yang dijalankan oleh sesebuah negara
Klasifikasi dunia
·Dunia pertama: merujuk kepada negara-negara maju yang demokratik dan mengamalkan dasar pasaran bebas
·Dunia kedua:merujuk kepada negara komunis yang menjadi sekutu moscow
·Dunia ketiga:merujuk kepada negara membangun dan negara mundur. Terdapat negara yang kaya dan negara yang sgt miskin.
Kepentingan saling bergantung antara negara
Perkongsian sumber alam dan tenaga
Perkongsian teknologi dan kepakaranberkongsi pasaran dan perdanganagn
Perkongsian modal
Berkongsi buruh
Saling melengkapi
Saling menjaga alam sekitar
Ciri saling bergantungan anatra malaysia dgn negara lain
-pergntungn pd sumber
-pergantungan pd modal
-pergantungan pd teknologi
-pergantungan pd pasaran
-pergantungan pd buruh dn kepakaran
Kesan proses globalisasi ekonomi
Kesan positif
Perdangangn bebas
Perluasan pasaran
Pemindahan teknologi
Aliran buruh
Menggalakkan persaingan
Peningkatan kualiti produk
Kesan negatif
Penguasaan ekonomi negara oleh syarikat multinasional
Ancaman kepada barangan, perkhimatan dan budaya tempatan
Ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan
Saya tertarik dgn isu semasa yang kini hangat diperkatakan. Apabila Timbalan Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyidin Yassin mahukan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib di sekolah maka banyak reaksi yang diberikan oleh masyarakat apatah lagi apabila ia dipolitikkan oleh pihak tertentu. Nampak menarik, bukan? Namun wajarkah subjek Sejarah dijadikan mata pelajaran wajibkan lulus? jika soalan ini diujarkan kepada saya maka jawapan saya sudah pasti wajar!. Mungkin kerana saya bakal seorang guru sejarah maka faktor ini mempengaruhi benak fikiran saya.
Mewajibkan mata pelajaran sejarah sebagai subjek wajib lulus adalah perlu namun kita harus tidak lupa bahawa LULUS tidak memberi makna murid-murid ini benar-benar menghayati sejarah. Kita perlu melihat kembali objektif mata pelajaran sejarah diajarkan disekolah-sekolah. Tujuannya agar mereka dapat menghayati nilai yang terkandung dalam sejarah iaitu semangat patriotisme yang tinggi kepada negara bangsa sendiri. Pada hemat saya penghayatan itu lebih penting berbanding LULUS. Jika lulus belum tentu anda menghayati nilai patriotisme tetapi bila anda mampu menghayati, anda sudah pasti memiliki nilai patriotisme yang tinggi.
Kita mahukan generasi yang mampu menghayati bahkan mampu menghargai erti kemerdekaan. Maka pendekatan pengajaran yang harus diambil oleh para guru ialah pendekatan yang dapat memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan lebih daripada mata pelajaran yang lain. Namun tindakan yang diambil oleh Menteri Pelajaran kita adalah sesuatu yang relevan kerana mungkin beliau mahukan semua pihak memandang serius mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang dapat membina jati diri bangsa Malaysia.
Pelaburan modal manusia kearah ekonomi berasaskan pengetahuan
1.0 Konsep ekonomi berasaskan pengetahuan
Menurut Organisation for EconomicCooperation Development (OECD), ekonomi berasaskan pengetahuan ialah ekonomi yang secara langsung menggunakan pengetahuan dalam proses pengeluarandan pengagihan.
Dalam konteks Malaysia, RRJP3 (2000-2010) mendefinisikan ekonomi berasaskan pengetahuan bersandarkan kepada milikan, penggunaan, dan penyebaran pengetahuan dan perkara-perkara ini dianggap sebagai asas pertumbuhan ekonomi.
Menurut Noll (2000) 4 FAKTOR/CIRI k–ekonomi ialah
-modal intelek: menjadikan idea dn pemikiran sebagai modal utama menggantikan tanah
-teknologi maklumat dan komunikasi: gabungan penyiaran, telekomunikasi dan multimedia mempunyai kesan pengganda ke atas ekonomi dan meningkatkan akses kepada maklumat dan pengetahuan sekaligus memantapkan produktiviti
-globalisasi: persaingan menjadi sengit oleh itu firma perlu menggiatkan inovasi untuk bersaing
-ekonomi maklumat: mendorong perkembangan penyelidikan dan pembangunan dan mendorong individu menghasilkan, memindahkan dan menggunakan pengetahuan dengan mudah dan pantas.
menurut Laporan Tahunan Bank Negara 1999 terdapat 3 aspek yang membezakan K-ekonomi dengan P- EKONOMI
-k-ekonomi beri tumpuan kepada pengetahuan sebagai pendorong pertumbuhan ekonomi
-k-ekonomi merangkumi perubahan kualitatitf dan kuantitatif yang mengubah cara ekonomi beroperasi. Seseorang perlu menggunakan intelektual, maklumat, budaya pembelajaran dan organisasi yang dapat bergerak pantas
-firma dalam k-ekonomi lebih membuat pelaburan dalam modal manusia, penyelidikan dan pembangunan, serta perubahan teknik perniagaan melalui elektronik seperti e-dagang.
Maka k-ekonomi memerlukan modal manusia yang berpengetahuandan sanggupmenimba pengetahuan secara berterusan bagi menigkatkan pengetahuan dan kemahiran baru
1.1 Perubahan peranan modal manusia
pengeluaran tradisioanl menekankan kuantiti manusia sebagai faktor pengeluaran penting. Tetapi kini pengetahuan dan teknologi dianggap faktor pengeluaran penting.
oleh itu, kesediaan pengetahuan dan kmajuan teknologi dalam negara bergantung pada kesediaan sumber manusia yang berkualiti atau memiliki modal yang tinggi
sesebuah negara perlu merancang pelaburan modal manusia bagi melahirkan modal manusia yang sesuai dengan tahap pembangunan negara.
Maka infrstuktur pendidikan dan latihan perlu lebih responsifkepada perubahan pembangunan dn mampu mengeluarkan manusia yang sesuai dgn keperluan negara
1.2 Pencapaian pendidikan dikalangan tenaga kerja
k-ekonomi memerlukan tenaga kerja yang berpendidikan.
Pencapain pendidikan tertiari di Malaysia masih rendah. Tahun 2000 kurang 14% mempunyai pendidikan tertiari.
Pertumbuhan tenaga kerja peringkat ini juga bergerak perlahan dari tahun 1990-2000
1.3 Komposisi pekerja berasaskan pengetahuan
Pasaran buruh Malaysia terdiri daripada kurang 12% pekerja peringkat profesional dan teknikal
pekerja pentadbiran dan pengurusan dalam lingkungn 4%
Maka jumlah peringkat tenaga kerja peringkat tinggi 16% jauh lebih rendah berbanding Singapura 22.3%
komposisi peringkat operator pengeluaran adalah tertinggi di Malaysia menunjukkan ekonomi masih berintensifkan buruh
1.4 Kemajuan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
Perbelanjaan kerajaan dlm penyelidikan,bilangan saintis, jurutera, dan juruteknik masih jauh lebih rendah berbading negara maju
Pendidikan tertiari terutama universitisepatutnya diarahkan menghasilkan lebih ramai saintis dan jurtera tetapi apa yang berlaku bidang sains sosial lebih ramai berbanding teknikal.
dlm k ekonomi penyelidikan dan pembangunan sangat penting bagi menjana idea baru dan menggalakkan inovasi serta menggiatkan sektor perkhidmatan serta sokongan.
1.5 Penawaran dan permintaan tenaga kerja ICT
Ciri ekonomi berasaskan pengetahuan ialah meningkatkan peranan aktiviti berasaskan komputer.
maka peranan sektor perkhidmatandalam bidang ICT meningkat
Agenda IT dan Koridoraya Multimedia bertindak sebagai asas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
wujudnya e-comerce, e-learning, e-comunity menyebabkan berlaku peningkatan permintaan tenaga kerja ICT
Namun statistik menunjukankeluaran tenaga kerja bidang ICT lebih rendah daripada yang diperlukan
oleh itu pelaburan modal manusia mengambil kira keperluan tenaga kerja ICT yang meningkat dengan meningkatkan pengambilan pelajar dalam bidang berkenaan
1.6 Penyesuaian pelaburan modal manusia
sistem pendidikan dan latihan perlu lebih responsif terhadap keperluanekonomi negara untuk masa kini dan masa depan.
ekonomi berasaskn pengetahuantelah meningkatkan guna tenaga yg lebih berpendidikan dan berkemahiran
dasar kerajaan pula menyediakan kemudahan mendapatkan latihandalm berbagai bidang.
amat penting institusi pgajian mengalakkan pelajar membina pengetahuan, menyelesaikan masalah dan menggalakan kerja berkumpulan.
1.7 Implikasi dan dasar
-penggunaan teknologi moden.
-firma digalakkan menggunakan tenaga buruh berpendidikan tinggi
-institutsi pendidikanperlu responsif dengan keperluan
-aktiviti R&D perlu dipertingkatkanuntuk penghasilan penciptaan baru
-kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan dalam penyelidikan ,
-meningkatkan penubuhan institusi teknikal
- mewujudkan latihan secara formal dan tidak formal dalam firma oleh majikan.
-kajian pasaran buruh secara berterusan utk mngenal pasti keperluan buruh
-perubahan dalam pelaburan modal perlu selari dengan perubahan peranan sumber manusia
* maklumat diperolehi daripada........ (akan dinyatakan)