Saturday, June 13, 2009

Kelab Rakan Muda IPGM KPM

Sejak dua hari ini asyik fikir hal Kelab Rakan Muda IPGM KPM. Besar cita-cita dan harapan aku nak tubuhkan kelab Rakan Muda di institut sendiri. Kalau boleh hasrat hasrat hati nak bawa perubahan kat institut aku sendiri. Nak aktifkan semula aktiviti. Sepanjang 3 tahun berada di institut ini tak banyak perkembangan yang aku lihat. Kehidupan yang penuh membosankan. Sedangkan banyak aktiviti boleh digerakkan oleh JPP tapi sekadar atas fikiran saje pelaksanaan tak ada. Jadi tak sepatutnya pelajar dipersalahkan kerana kerap keluar ke bandar dan bersosial. Tidak ada apa yang dapat dipenuhi kalau duduk di asrama selain TIDO.

Bukan nak mencipta nama sebagai pengasas penubuhan kelab tapi aku nak melihat seluruh warga IPG KPM bergerak aktif. Sebagai guru semestinya perlu aktif baik dari segi rohani mahupun sosial. Bakal guru seharusnya sudah lengkap dengan pelbagai kemahiran dalam pelbagai aspek. Jadi aku melihat Kelab Rakan Muda sebagai satu medium kearah pembentukkan kemahiran-kemahiran ini.

Apa yang diharapkan cita-cita atau harapan ini akan menjadi kenyataan dalam tempoh 6 bulan akan datang... amin...

No comments:

Post a Comment